Sabtu, 24 April 2010

Pusat kegiatan Rakan Muda Gerik


Program Rakan Muda telah dilancarkan secara rasminya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 29 Oktober 1994 dengan misi terasnya untuk melahirkan potensi tertinggi generasi muda supaya berupaya mendokong matlamat pembangunan negara. Cabaran pencapaian misi ini ialah membentuk generasi muda yang lengkap dengan gugusan nilai-nilai murni, berfikiran positif, menguasai ilmu dan kemahiran bagi menempuh kemajuan peradaban yang akan datang. Program Rakan Muda yang dizahirkan melalui SEMBILAN GAYA HIDUP mengadunkan elemen-elemen Pembangunan Minda, Pembangunan Kemahiran, Pembangunan Rohani, Pembangunan Kemasyarakatan dan Kecergasan Fizikal. Program ini mempunyai empat fasa pelaksanaan iaitu FASA PENGENALAN yang bermula semenjak dilancarkan dan berakhir pada 31 Disember 1996 telah berjaya menampilkan satu kesedaran dan minat generasi muda mengenai peluang menyertai pelbagai aktiviti sembilan gaya hidup yang ditawarkan. Melalui FASA PEMBANGUNAN yang bermula pada 1 Januari 1995 dan berakhir 31 Dusember 1996, pelaksanaan program ini lebih menumpukan kepada pengisian program dengan lebih menjurus kepada kandungan program serta sistem pelaksanaan yang lebih berkesan dengan memberikan tumpuan kepada menangani masalah sosial ramaja. Di bawah FASA PEMANTAPAN yang bermula 1 Januari 1997 dan berakhir pada 31 Disember 2000, pelaksanaan program telah disusun semula di man pelaksanaanya difokuskan mengikut sektor bagi meningkatkan liputan pelaksanaan program dan keberkesanan pembudayaan Gaya Hidup disamping memberi peluang penglibatan yang lebih luas kepada masyarakat dan secara langsung akan mempertingkatkan sokongan masyarakat kepada Program Rakan Muda. Pada masa yang sama juga pemantapan Program Rakan Muda meningkatkan imej Program Rakan Muda sedia ada dengan melibatkan peranan 'role model' atau idola didalam Program Rakan Muda. Ini bertujan menggerakkan citarasa golongan muda kearah menyertai aktiviti Gaya Hidup yang proaktif dan produktif. Disamping itu juga penjanaan dan pengurusan aktiviti sukarelawan Rakan Muda diperkenalkan dengan memberi pengiktirafan dan insentif kepada golongan sukarelawan Rakan Muda yang komited dan terlibat dalam menganjurkan Program Rakan Muda. Selari dengan arus perkembangan teknologi terkini, Rakan Muda kini menonjalkan perubahan kepada imej baru melalui pembinaan rakan kongsi tulen di kalangan sektor swasta. IT turut menerapkan satu suntikan baru dengan terlancarnya laman web rasmi Rakan Muda www.rakanmuda.org FASA PENGEMBANGAN bermula pada 1 Januari 2001 dan akan berakhir pada 31 Disember 2005, Program Rakan Muda akan dikembangkan sehingga menjadi salah satu institusi sosial yang penting dan diiktiraf oleh masyarakat dengan kemudahan insfrastruktur Rakan Muda di seluruh negara yang lengkap. Pelaksanaan program fasa ini akan dilaksanakan oleh masyarakat di mana pengenalan aktiviti-aktiviti baru yang bersesuaian dengan kehendak generasi muda semasa akan diaakan disamping mewujudkan program bercorak pengembangan di dalam pelbagai bidang baru selaras dengan pembangunan negara.